Sunday, April 28, 2013

mana mana pun ada jual ubat batuk

jam menunjukkan tepat pukul 9.15 pm, waktu malaysia. Iaitu masa yang ditunggu2 oleh membe kerja aku (dan aku) SEBAB MASA UNTUK TUTUP KEDAI. yeah yeah yeah.... Ape lagi, kitorang pun start la buat apa yang patut untuk kemas kedai. Tugas aku, angkut segala maknenek bakul untuk disimpan kedalam. secara totalnya, adelah lebih kurang 12 kali trip ulang alik dalam proses penyimpanan bakul (ceh)..

Masuk trip ke 6 (lebih kurang), ada sorang pakcik nie, masuk kedai. Ofcozla nak beli barang kan. aku sebagai tukang angkut bakul tak begitu ambil peduli akan kehadiran pakcik tersebut. Yang menjadi mangsa terpaksa melayan pakcik tu , adalah membe aku yang kemas bahagian depan kedai ( kitorang memang cukup allergic kalau ada customer datang waktu kedai closing, yelah, pendek kata, menyusahkan tau tak. customer macam nie lah yang men-delaykan waktu balik kitorang. kalau ada je customer masuk time time closing, memang masing2 buat muka la. dah tau sangat ape isi hati yang tersurat dan tersirat di dalam hati masing masing, ecewaah). panjang pulak explanation.

Berbalik kepaada pakcik tadi...
macam biasal, membe aku layan la jugak pakcik tu. Aku pulak time tu, dengan gigihnya tengah letak bakul tu dalam kedai. aku pun berulang balik kedepan kedai untuk meneruskan kerjaan mengangkat bakul ( kalau dicongak, hampir 1000 kalori berjaya aku bakar, hanya dengan aktiviti mengankat bakul ini sahaja). kelihatan, member aku yang melayan pakcik tu sedang tersenyum kambing bila pakcik tu tanya barang yang dikehendakinyaa. sorang lagi membe aku yang berada berhampiran dengan tempat kejadian, sudah pun ketawa bagai dirasuk hantu(hiperbola). aku dengan perasaan ingin tahu, tanya la kat membe aku tu, ape yang pakcik tu nak beli...

aku: weyh, asal? pakcik tu cari apa?
membe aku: tau tak.hahahaha. hahahhahaa. hahahaha ( hampir 1 minit lebih utk tggu dia betul2 habis gelak)
aku: kow nie dah kenapa? pakcik tu nak apa tadi?
membe aku: pakcik tu nak ubat batuk
aku: ^%&^#%*@^$_(@

haih. comel betul pakcik tu. minta ubat batuk di kedai bunga.


No comments:

Post a Comment