Saturday, December 21, 2013

mak masak, sedap.

 lunch tadi mak masak sup ayam, ayam goreng berempah, sambal belacan, dan belen gulai daging salai semalam.

sedap mak masak. sungguh, tak tipu.

sampai, aku makan, tambah nasi dua kali. sedap mak masak.

selang 10 minit setel isi perut. aku hirup kopi, lepaskan gian.

selang 15 minit, hidung aku jadi tak tentu arah.

hachooooo hachoooooooooooooooooooooo, hidung aku menjerit.

rupanya, sambal belacan mak buat adalah besertakan belacan. selalunya tidak. kebiasaannya cili hidup + tomato + cili padi + bawang merah sahaja.

nak habis dah satu kotak tisu nie.

sedap mak masak.

mak masak, sedap.

No comments:

Post a Comment